*1. KETIKA MENCARI CALON*
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak
kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak
kita.
*2. KETIKA MELAMAR*
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/ wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/ wali si
gadis.
*3. KETIKA AKAD NIKAH*
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi
menikah di hadapan Allah
*4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN*
Catat dan
hitung semua tamu yang datang untuk
mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk
mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda
berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.
*5. KETIKA MALAM PERTAMA*
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak
manusia dan bukan sepasang malaikat.
*6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA*
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui
jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.
*7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
*
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan
*8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.*
Cintailah isteri atau suami anda 100%
*9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.*
Jangan bagi cinta
anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai
anak-anak anda masing-masing 100%.
*
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM*
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding
lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
*11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG*
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita
*12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI*
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.
*13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI*
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi
selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
*14.KETIKA MENDIDIK ANAK*
Jangan pernah
berpikir bahawa orang tua yang baik adalah
orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua
yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
*15.KETIKA ANAK BERMASALAH*
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu
bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang
merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
*16.KETIKA ADA PIL.*
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
*17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS*
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
NOTE:
sebagai renungan untuk semua....insyaAllah....