Pages

2.19.2009

::WANITA YANG DICINTAI IBLIS ..siri 1::

::WANITA PENDENDAM::

Dendam ialah apabila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap seseorang lain seperti membencinya, menjauhi diri darinya dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu dan tidak padam padam.

Dendam ini berpunca dari sifat marah yang tidak dikekang atau diredakan dengan segera.
sifat dendam ini akan menimbulkan berbagai perkara mungkar antaranya:

  • seseorang yang menyimpan perasaan hasad tidak suka melihat orang yang didengkinya itu hidup senang lenang, sebaliknya merasa gembira apabila orang yang didengkinya itu ditimpa kesusahan.
  • pendengki akan menjauhi dan memutuskan perhubungan dengan orang yang didengkinya ; tidak mahu bergaul dengannya
  • Pendengki akan mengucapkan kata kata yang tidak patut terhadap orang yang didengkinya, iaitu samada berbohong, mengumpat, mendedahkan rahsia lawannya, mengejek, menjatuhkan kehormatan dan sebagainya.
"Janganlah sampai bersumpah orang orang yang mempunyai kelebihan dan kekayaan di antara kamu, bahawa mereka tidak akan memberi lagi kepada kaum kerabat, orang orang miskin dan orang orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka, jika Allah memberikan keampunan kepada kamu? Allah Maha Pengampun dan Penyayang,"
(An-Nur:22)

NOTE:
sekadar ingin berkongsi...agar dapat dijadikan pengajaran..